Monday, May 11, 2009

Sudah kesuntukan masa...

Saya tidak lagi mahu membuang masa dengan begitu sahaja......kawan-kawan seperjuangan saya sudah pun ada yang sudah mendapat tawaran ke luar negara. Mereka tentunya sedang bersiap sedia untuk ke universiti luar negara yang ditawarkan . Dan pastinya mereka amat memerlukan masa yang sangat berharga ini. Ada juga kawan-kawan yang masih meneruskan pengajian di dalam negara bersama-sama dengan diri ini. Pendek kata, masa sekarang ini ibarat emas yang dijulang......


Friday, May 8, 2009

Aktifkan diri semula.....



Sudah tiba masa untuk saya aktifkan semula diri saya ke 'mod pembelajaran' setelah hampir 6 bulan berehat (tamat persekolahan). Saya kini yang sedang meningkat usia akan memasuki alam universiti yang dikatakan penuh dengan cabaran fizikal mahupun spiritual (dalaman). Banyak persiapan yang perlu dilaksanakan dikala masa yang kian suntuk untuk pendaftaran kemasukan ke universiti pada 23 mei ini. Ah, terlupa pula untuk diberitahu. Alhamdulillah,saya mendapat tawaran ke Univesiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya untuk mengikuti program asasi sains fizikal.

Fuhh.... Agak letih juga seluruh batang tubuh yang lemah ini dek kerana sudah lama otak saya ini tidak aktif secara konsisten. Pada waktu cuti yang lepas, ada juga masa-masa dimana saya membaca beberapa buah buku ilmiah yang dimuat turun daripada internet (e-book), tetapi banyak lagi aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal yang saya lakukan sama ada bersama rakan-rakan ataupun berseorangan.

Cuma kini, saya hanya memikirkan bahawa untuk mencapai sesebuah kejayaan itu memerlukan daya usaha diri ini sendiri. Itu sahajalah caranya untuk berjaya. Firman Allah S.W.T. :


.....Bahawasanya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.....
(13:11)


Tapi, saya sentiasa beringat bahawa kekuatan dan keazaman untuk terus berusaha itu tidak lain hanyalah datang daripada ALLAH S.W.T. Saya bersyukur kepada Allah kerana kerana sepanjang perjalanan kehidupan saya, Allah sentiasa memelihara diri ini untuk tetap berada di atas muka bumi ini bagi menjalankan tugas saya sebagai khalifah dan hamba kepada-Nya. Alhamdulillah.