Sunday, July 26, 2009

Time to back in action....

Haha. Dah tiba masa nak kembali beraksi di medan peperangan menuju kejayaan. Sekarang ni, aku dah kena mula 'struggle' untuk final semester 1. Tapi, itu bukanlah fokus yang total. Aku bakal menghadapi 'hidup yang sebenar di kampus'; sibuk-sibuk dengan 'society', jemaah, and sosial....lepas ni la baru merasa payahnya hidup sebagai pelajar universiti. Apapun yang akan berlaku, aku bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta`ala kerana mengurniakan aku UIA sebagai tempat aku menyambung pelajaran aku biarpun pada mulanya aku menerima UIA dengan 'terpaksa'.

Rasanya, antara agenda utama aku di U.I.A. Petaling Jaya ni.....PRESSS la kot. Alhamdulillah kepada Allah kerana memberi aku peluang menjadi salah seorang ahli majlis tertinggi Pre Science Student Society(PRESSS). Tapi, 'takziah' aku ucapkan kepada diri aku ini kerana Allah telah meletakkan satu tugasan yang 'berat' untuk memimpin sebuah kelompok masyarakat di U.I.A. Sememangnya setiap yang Allah berikan pada hambanya PASTI ada hikmahnya. Aku sangat yakin tentang perkara itu.

Moga Allah membantu aku dalam melaksanakan tugas-tugas yang mendatang dan pastinya mencabar itu. Amin..

No comments:

Post a Comment